INTRODUCTION




Kata-kata Aluan Y.A.B Datuk Wira Mohd Ali Bin Rustam.
Ketua Menteri Melaka


Assalamualaikum w.b.t.
 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak pengurusan Teratak O'Puteh Homestay dalam membangunkan laman blog http://teratakoputeh.blogspot.com. Saya amat berbanga dan menyokong sepenuhnya usaha murni yang dilakukan serta mengharapkan agar usaha murni ini dapat diteruskan dari masa ke semasa. Ianya juga dapat dimanfaatkan oleh seluruh pengusaha dan usahawan negeri Melaka khasnya bagi memajukan lagi sektor perlancongan di negeri Melaka ini. Selain itu, kerjasama dan penyertaan daripada bahagian-bahagian dan agensi Pelancongan Negeri adalah amat diharapkan untuk sama-sama memberikan input serta mesej yang jelas kepada pengunjung untuk disebarkan di laman blog ini.


Melalui usaha ini akan terbentuklah gabungan sinergi yang baik antara pengusaha rumah tumpangan atau lebih dikenali sebagai Homestay bersama-sama kerajaan negeri dalam membangunkan lagi industri pelancongan negeri Melaka. Sesuai sekali dengan matlamat kerajaan negeri bertemakan "Melawat Melaka bererti Melawat Malaysia".

Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih dan sejuta penghargaan kepada usahawan muda Saudara Mohd Fazir Bin Wahid dalam inisiatif beliau membangunkan prasarana seumpama ini bagi meningkatkan lagi pelancongan negeri Melaka.

Akhir kata, saya menyeru agar usaha pembangunan Homestay seperti ini terus berkembang dan dapat digiatkan dari masa ke semasa demi membangunkan lagi industri pelancongan negeri di mata dunia.
 

Sekian, terima kasih.

Y.A.B Datuk Wira Hj. Mohd. Ali Bin Mohd Rustam
Ketua Menteri Melaka.







Teratak O'Puteh Homestay
Luxurious, Comfortable and Affordable